LearnX
Bantuan Pesakit Kronik Negeri Kelantan: Prihatin Kesihatan Rakyat
Bantuan Pesakit Kronik Negeri Kelantan: Prihatin Kesihatan Rakyat
Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa cakna dan prihatin terhadap keperluan golongan yang diuji dengan penyakit kronik. Salah satu bentuk keprihatinan ini diterjemahkan melalui Bantuan Pesakit Kronik, iaitu bantuan kewangan secara one-off yang diberikan setiap tahun kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Di Dun Apam Putra, YB Abe Zam sentiasa memastikan agar maklumat tentang bantuan ini sampai kepada rakyat, khususnya kepada keluarga yang terkesan akibat beban kos rawatan dan ubatan harian.

Apakah Itu Bantuan Pesakit Kronik?

Bantuan Pesakit Kronik merupakan bantuan kewangan sekali bayar (one-off) yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat yang menghidap penyakit kronik dan berada dalam kategori pendapatan rendah.

Tujuannya ialah untuk meringankan beban kos rawatan, pengangkutan ke hospital, ubat-ubatan, serta keperluan harian pesakit yang tidak dapat bekerja.

Syarat Permohonan

Untuk memohon bantuan ini, berikut adalah syarat asas yang perlu dipenuhi:

Rakyat Negeri Kelantan yang menetap di Kelantan
Pendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan
Disahkan menghidap penyakit kronik melalui:

>> Laporan perubatan terkini
>> Atau surat pengesahan penyakit daripada Pegawai Perubatan kerajaan

Antara penyakit yang termasuk dalam kategori kronik ialah:

☑️ Kanser
☑️ Masalah buah pinggang (dialisis)
☑️ Penyakit jantung kronik
☑️ Lumpuh / stroke
☑️ Thalassemia / hemofilia
☑️ Dan lain-lain yang disahkan

Cara Permohonan

Dapatkan borang permohonan di Pusat Khidmat Dun Apam Putra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *