Setiap tahun, Dun Apam Putra melalui inisiatif Kerajaan Negeri dan YB Abe Zam terus komited menghargai dan menyokong anak-anak Apam Putra yang berjaya melangkah ke menara gading.
Sumbangan IPT ini merupakan sumbangan kewangan yang diberikan kepada pelajar dari kalangan anak jati Dun Apam Putra yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah di mana-mana universiti, kolej, atau institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Tujuan dan Inisiatif
Sebagai penghargaan dan suntikan semangat kepada anak-anak yang berjaya.
Meringankan sedikit sebanyak beban kewangan keluarga ketika persiapan awal ke IPT.
Mendorong lebih ramai anak muda Dun Apam Putra berusaha mencapai kecemerlangan akademik.
Bila Diadakan?
Program sumbangan ini biasanya dilaksanakan antara bulan Julai hingga September setiap tahun — iaitu sebelum sesi kemasukan pelajar ke IPT bermula. Maklumat pemakluman dan borang permohonan akan dikongsikan melalui media sosial rasmi YB Abe Zam, penghulu dan Pusat Khidmat Dun.
Siapa Yang Layak?
✅ Anak jati atau penduduk tetap di Dun Apam Putra
✅ Mengundi di Dun Apam Putra
✅ Mempunyai surat tawaran rasmi ke IPT untuk Diploma atau Ijazah
✅ Permohonan lengkap dengan dokumen sokongan seperti salinan IC dan surat tawaran
Sebarang maklumat lanjut atau permohonan, sila ikuti makluman rasmi daripada Pusat Khidmat Dun Apam Putra atau laman facebook YB Abe Zam.