LearnX
Daftar Ahli

Kenapa Anak Muda Patut Jadi Ahli PAS?

photo_2025-07-07_09-42-49

Dunia hari ini penuh cabaran. Anak muda berdepan dengan pelbagai isu — dari harga barang naik, isu moral, tekanan hidup, sampai kepada masa depan yang kabur. Tapi dalam semua ini, anak muda masih ada satu kuasa besar — kuasa untuk memilih perjuangan.

Kalau tengah cari satu wadah yang bukan sekadar cakap kosong… tapi berjuang dengan prinsip, menjaga agama, bangsa dan negara, jawapannya: PAS.

1. PAS Bukan Sekadar Parti Politik

PAS bukan parti yang muncul waktu pilihanraya je. PAS adalah gerakan dakwah, tarbiah, dan siasah. Sejak 1951, PAS kekal istiqamah memperjuangkan Islam sebagai dasar hidup dan pemerintahan. 

2. Ruang Besar Untuk Anak Muda

Dalam PAS, anak muda diberi ruang besar untuk menyumbang. Dari program masyarakat, pengurusan, media, sukan, kebajikan, pendidikan — semua ada tempat. Pemuda PAS, Ameerah dan Muslimat adalah medan latihan sebenar untuk lahirkan pemimpin masa depan.

3. Berjuang Sambil Berdakwah

Inilah beza PAS dengan parti lain. Kita bukan hanya nak menang pilihanraya. Kita nak menang dunia & akhirat. Nak bentuk negara yang sejahtera dengan Islam sebagai asas. Dan anak muda adalah tulang belakang kepada misi besar ini.

berSedia untuk jadi sebahagian dari 

PERJUANGAN?

Isi borang ringkas di bawah untuk mendaftar sebagai Ahli PAS DUN Apam Putra. Kami akan hubungi anda untuk langkah seterusnya.